


Terlebih dahulu ingin sha panjatkan rasa bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaannya, sha telah melahirkan seorang putera pada tanggal 21 march 2010 jam 11.24 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Dengan persefahaman dan persetujuan antara kami suami isteri, kami menamakan putera sulung kami dengan nama MUHAMMAD SUFI SAFARAZ yang bermaksud YANG TERPUJI, AHLI TASAUF, YANG DIHORMATI. Semoga nama yang diberikan ini benar memainkan peranan dalam hidup sufi ...Insya Allah... Doa ibu dan ayah sentiasa bersama sufi. Tika ini gembira tak terkata...sakit tika mengandung dan sakit tika bersalin ibu hilang sekelip mata..melihat anak ibu sufi selamat dilahirkan...ketika jururawat menunjukkan muka sufi pada kali pertama sesudah sufi selamat keluar ke dunia..rasa terharu...rasa bangga menjadi ibu kepada anak yang sungguh comel, kecil molek...mengalir air mata ibu ...gembira tak terkata....hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa bersyukur dan gembiranya ibu dan ayah dengan kehadiran sufi dalam hidup kami berdua. ibu lampirkan gambar ketika sufi baru lahir untuk kenangan bersama.
Sufi,
Ibu dan ayah sentiasa berdoa ...Semoga Allah SWT memanjangkan umur Sufi untuk mengumpul Amalan amalan yang baik untuk dijadikan aset untuk menjamin SYURGA. Ibu doakan kepada ALLAH SWT agar Sufi mejadi anak yang soleh,menjadi hamba Allah yang akan hidup berlandaskan Agama Islam, yang akan menyayangi dan menjaga ibu dan ayah sehingga ke akhir hayat kami, Yang akan mendoakan ibu dan ayah kelak pabila sepeniggalan kami berjumpa yang MAHA ESA. Ibu mendoakan agar Allah SWT akan jadikan anak ibu sufi, anak yang cerdik, anak yang pintar, anak yang bijak, anak yang akan memperjuangakan dan mempertahankan AGAMA ISLAM selagi hayat dikandung badan. Ibu mendokan agar sufi sentiasa sihat walafiat. Semoga ALLAH sentiasa melindungi anak ibu, sufi daripada segala musibah, malapetaka dan penyakit2 yang merbahaya. YA ALLAH lindungi anakku muhamad sufi safaraz dari Hasutan dan Gangguan Jin Syaitan dan Manusia yang jahat. YA ALLAH lindungilah sufi dari melakukan kemungkaran, kejahatan, kezaliman. YA ALLAH pimpinlah aku, suami ku , anak ku, keluarga ku, saudara mara ku, saudara seagama ku ke jalan yang engkau redhai, jalan yang engkau hendaki, jalan yang engkau berkati , jalan ISLAM yang sebenar. AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.
No comments:
Post a Comment