Tuesday, December 21, 2010

SUFI KE TAMAN WETLAND, PUTRAJAYA







Menjelang hari Sabtu Ahad.. Ayah pasti akan membuat perancangan untuk membawa sufi berjalan, kali ini ayah bercadang membawa sufi pusing ke Bandar Putrajaya naik kereta. Ayah ibu dan sufi bermula perjalanan ke PUTRAJAYA..sesampai di sana... ayah ke TAMAN BOTANI tetapi pemandangan dan persekitarannya agak tidak sesuai untuk Sufi..Ayah batalkan rancangan ke Taman Botani ...dalam perjalan mencari port persinggahan untuk berjalan ayah terjumpa ..TAMAN wetland...SUASANA yang indah.. keadaan yang sungguh NYAMAN.. sememangnya sesuai membawa sufi ke sana.. Sampai di sana sufi diletakkan di dalam stroller dan di bawa berjalan.. sufi di tunjuk BANGAU .. POKOK2 yang tumbuh besar ... daun2... segala CIPTAAN ALLAH SWT.. ditontonkan kepada SUFI agar kelak apabila sufi besar sufi tahu menghargai segala pemberian ALLAH kepada kita ... Tau untuk BERSYUKUR.. yer anak... JANGAN LUPA yer sayang segala yang kita ade di muka bumi ini adalah pemberian ALLAH .. kita pinjam untuk sementara ... jangan dirosakkan.. jangan di pandang hina.. setiap benda di muka bumi ini ade tanggungjawab kita ... untuk dilaksanakan.. IBU HARAP SUATU HARI SUFI AKAN SEDAR AKAN TANGUNJAWAB ITU .. DAN MELAKSANAKANNYA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI.. !!!

p/s - Ibu sertakan gambar kenangan kita sekeluarga di sana.

SUFI KE MAKAN MALAM BERSAMA PERDANA MENTERI ANJURAN KESATUAN INDIAN MUSLIM MALAYSIA (KIMMA)




Sufi sayang memang bertuah sekali ...tak cukup berjalan ke sana ke mari... Dalam umur kecik-kecik macam ni dah g makan malam bersama PERDANA MENTERI pada Tanggal 25 Oktober 2010 .. Jam 8.00 Malam. Sufi bukan main excited tengok orang ramai kat sana.. mujur la kita ni kategori VIP gak la..dapat meja khas.... kat meja tu semua kaum ibu2 jer yang duduk ..nak tau siapa...kedua2 mama sufi ..mama aisha..mama sulaiha..mama jaina .. mama isteri musa papa..amai muna.. amai zahiera..elama sakinah...kakak aisha (anak kawan ibu) ibu dan sufi.. sufi jer cute little boy yang duduk dikeliling wanita.. sebab sufi kecik lagi belum pandai duduk lagi, kedua2 vapupa sufi duk ngan kelompok lelaki ..adelah yaya kaka.. papa segambut ramai lagi.. tapi sufi lagi suka duduk ngan ibu ..kan sayang... vapa pula Urusetia .. dia sibuk dengan mengendali program makan malam tue.. Sufi gembira dengar muzik ..semasa ketibaan PERDANA MENTERI ... sufi bangun sama2 ngan ibu ketika rukun negara dibaca.. dan ketika lagu negara ku dinyanyikan... KECIK2 anak ibu da involve dalam hal-hal negara yer .....Mana Tau suatu hari dapat jadi PEMIMPIN yang berwibawa..kan sayang.. itu doa Ayah&ibu buat anak ibu MUHAMMAD SUFI SAFARAZ.. Ibu serta gambar untuk kenangan bersama !!!

Wednesday, September 22, 2010

~AIDILFITRI YG PERTAMA UNTUK MUHAMMAD SUFI SAFARAZ~








































Assalamualaikum sufi,

Wah tahun 2010 adalah tahun pertama sufi berhari raya di muka bumi ALLAH... sebagai Khalifah ALLAH di muka bumi ini... SYUKUR KE HADRAT ALLAH ... kerana dengan limpah kurniaan nya.. ibu dan ayah dikurniakan cahaya mata dimana dapat sama sama berhari raya sekaligus menambahkan ahli keluarga...serta menceriakan suasana hari raya... tahun kedua berkahwin dapat berhari raya bersama seorang anak yang comel lagi hencomee....tahun ini sufi sememangnya bertuah kerana mendapat baju raya banyak...IBU DAN AYAH BELIKAN..VAPA IBU BELIKAN....ELAMA(ADIK IBU BELIKAN)..AMAI (ADIK VAPA BELIKA)...MASYA ALLAH... sememangnya..sufi beraya SAKAN ..tahun pertama raya...Yang paling best nye....ada dua insan baru di rumah PAPA(atuk belah ayah)...beraya bersama tahun ini..satu sufi ..l

SATU LAGI ...cuba teka siapa...hurmm...sapa lagi RAZAK KAKA(suami amai muna)... hurm meriah pagi raya di rumah kita.. cuma yang sedih nya... AMAI ROZITA ..DANISH KAKA..DAN SEKELUARGA tiada bersama kita ..kalau tidak lagi meriah...kalau AMAI ROZI ade....tak per... kita doakan mereka di sana.. INSYA ALLAH dalam masa 2 tahun apabila NASHRUL KAKA tamat pengajian..pasti kita akan beraya bersama.. SAAT itu pasti akan tiba INSYA ALLAH ... jika kita dipanjangkan UMUR....uisshh...sufi tahu siapa orang pertama yang beri duit raya kepada sufi... AMAI MUNA DAN RAZAK KAKA....selepas tu kita pergi umah papa belah ibu, papa elama..semua bg duit raya utk sufi...

Pagi raya tu sufi pakai baju raya ..papa ayah ibu belikan warna biru..dengan kopiah sekali...comel jer... anak ibu pakai baju melayu... selesai ... makan berjumpa bersalaman dengan papa dan semua di belah ibu.... kita ke rumah makcik makcik ayah ...di sungai buluh ...di cheras....rumah makcik siti belah ibu...dan akhirnya ke SELAYANG ke kampung Ayah ...meriah ramai sanak sedara... BEST SUNGGUH....pengalaman baru untuk sufi dan jugak untuk ibu ....(IBU LAMPIRKAN GAMBAR SEBAGAI KENANGAN BERSAMA) dan link ini ..ade ucapan hari raya dari semua ahli keluarga ...dan sanak saudara....(klik link bawah nie..)

http://www.youtube.com/watch?v=8EsZ54-mEf8&feature=player_embedded

~SUFI BERSAMA AYAH DAN IBU- DI BULAN RAMADHAN YANG PERTAMA DALAM HIDUP SUFI DI DUNIA ~























Alhumdulilllah anak ibu da 5 bulan pada bulan ramadhan yang mulia ni... dalam bulan yang penuh keberkatan ini ...banyak perkara baru sufi dapat dan buat .. yang paling best sekali adalah sufi da mula meniarap, mengesot ... ASYIK BERGULING SANA SINI ...pantang di letak kat lantai atau atas katil..sufi da tak duduk satu tempat ....gembira hati ayah dan ibu .. dapat melihat perkembangan sufi ... ANAK KAMI membesar dengan sempurna dan elok ..ALHUMDULILLAH....YA ALLAH MAHA KUASA ENGKAU DALAM MENJADIKAN MANUSIA, DAN PERKEMBANGAN MANUSIA..YANG TERBATAS UNTUK MANUSIA MENILAI SEMUANYA...bulan ramdhan ni jugak kita ade keluar BERBUKA PUASA BERSAMA KAWAN KAWAN YANG BELAJAR SAMA DENGAN AYAH...pastu BERSAMA UNCLE UNO DAN BAKAL ISTERINYA DI SALAH SATU HOTEL DI KUALA LUMPUR, pastu ...BERSAMA WARGA INDIA MUSLIM.COM.MY DAN ANAK ANAK YATIM YANG DIJEMPUT DISANA UNTUK BERBUKA PUASA.... pastu ...DI RUMAH ANAK-ANAK YATIM DI CHERAS...dan akhir sekali di restoran TALAPAKATTI di Sentul makan BRIYANI KEGEMARAN AYAH....... segala gambar ibu sertakan untuk tatapan dan kenangan kita bersama....

OH YER IBU TERLUPA NAK CERITA ....bulan puasa ni ..setiapkali nak berbuka puasa kat umah... ibu makan sambil dukung sufi... masa ni..sufi memang tak nak duk diam...tepuk2 meja... nak capai pingan gelas...kadang ibu tgk minum di tepisnya gelas nasib baik dapat diselamatkan...PASTU ..satu hari mama bawa turun WALKER danish kaka..yang dulu..dudukan dalam tu ..hurmm baru senang ibu nak makan...tapi dalam pada tu ...hurm sufi mula la keje sufi...tolak pasu bunga JATUH...tolak bakul..Jatuh..tolak BALDI...macam2 dikerjakan...tapi semua tu..IBU MAMA..AMAI...seronok tengok telatah sufi....COMEL JER

ANAK IBU DA MULA MAKAN ..."BISKUT RUSK"

Hati ibu gembira tak terkata ... selepas menjalani satu ujian sufi demam panas dan alhumdulilah sihat... kini sufi da mula makan Biskut Rusk ....hari pertama 31 ogos 2010 sufi makan dengan penuh rasa seronok ..ibu pun seronok menyuap sufi ..yang menikmati makanan... ibu nampak sufi kenyang ..Alhumdulillah....dan ibu berdoa biskut tersebut sesuai utk sufi ... tu pun Alhumdulillah sufi tiada alahan pada biskut tersebut.. hari kedua masih sama...sufi seronok makan ...tetapi bermula hari ketiga sufi da mula meragam ..tak nak makan ..tolak2 tangan ibu..menangis tak nak makan...ibu da khuatir... KENAPA ni ...tak suka ker..akhirnya ibu bg susu tepung jer...esoknya ..ibu dapat tahu dari kawan baby suka makan pelbagai mereka cepat boring dengan satu rasa... IBU DA FAHAM.. selama ni ibu bagi biskut perisa original....MALAM tu jugak ibu ajak ayah g belirusk macam - macam perisa... .FUH ...bila ibu suapkan memang betol anak ibu ni tak suka makan satu perisa ajer.....hehe comel ajer anak ibu ni..sama macam ayah dia.. cepat boring dengan satu benda yang sama.....

SUFI DEMAM...

Tanggal 15, 16. 17 Ogos 2010....Ibu melalui saat yang sangat sukar dan penuh kerisauan yang tak terhingga...Anak kesayangan ibu demam panas malam 15 ogos 2010, mama(nenek) dan ibu bawa sufi ke klinik berdekatan umah ...suhu badan sufi 38 ..dooktor beri ubat dan kita balik... sebaik balik ibu berikan sufi ubat dan tidokan sufi..semalaman sufi tak tido lena ..menangis sahaja...ibu cuba berikan ubat on time... namun esok pagi sufi masih demam. Ayah dan ibu membawa sufi ke SUNWAY MEDICAL CENTRE di sana Doktor meminta sufi di masukkan kedalam wad ...ibu tak sanggup lihat sufi dicucuk terlantar kat hospital..tetapi ayah bertekad hendak biarkan sufi di wad, ayah nak sufi selamat sembuh sepenuhnya, tetapi ibu tetap memujuk ayah untuk tidak biarkan sufi di hospital ..ibu berjanji pada ayah akan menaga sufi sehingga la sufi sihat ...walau ayah marah dia akur dengan keputusan ibu...jadi kita amik ubat dan balik ke rumah... dan sampai la 3 hari ibu jaga sufi bersama mama dan papa... akhirnya ALHUMDULILLAH sufi sembuh dari demam panas. SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT menyembuhkan anak ibu MUHAMMAD SUFI SAFARAZ BIN ABDUL RAZAK.

Tuesday, August 3, 2010

~Sufi Sayang~


Assalamualaikum Anak Ibu yang comel....

Sufi hari ini ibu duk update gambar bersama sufi dalam blog, facebook.... terasa syukurnya ALLAH anugerahkan sufi buat ayah dan ibu... COMEL nya anak ibu ... Sufi ayah dan ibu sayang sangat2 dengan sufi ... Ayah dan ibu sedang cuba sedaya upaya dalam mencari rezeki nafakah ..untuk memenuhi segala keperluan sufi ... INSYA ALLAH.. ayah dan ibu akan menjaga sufi sebaik baik yang mungkin ...satu pengharapan ibu kepada sufi.... bukan la meminta blas balik apa yang ayah dan ibu telah buat untuk sufi tetapi sebagai anak ... kami berhak ke atas mu sayang ... ibu berharap sufi akan melaksanakan tanggungjawab sufi terhadap ayah dan ibu.. di hari tua kami nanti sayang ... ayah dan ibu seboleh2 nya tidak akan menyusahkan anak2 kami..

"YA ALLAH, KAMI MEMOHON AGAR KAU JAUHKANLAH DIRI KAMI DARIPADA MEMBERI KESUSAHAN KEPADA ANAK CUCU KAMI UNTUK MENJAGA KAMI DALAM KEADAAN YANG UZUR, KAU JEMPUTLAH KAMI SETELAH KAMI SELESAI MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KAMI SEBAGAI HAMBA MU , DAN SEBAGAI AYAH DAN IBU KEPADA ANAK ANAK KAMI DALAM KEADAAN KAMI YANG TIDAK MENYUSAHKAN ANAK CUCU KAMI " AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN...

itulah doa kami.. AYAH dan Ibu percaya dan tahuu sufi anak yang soleh akan menjaga kami sehingga ke akhir hayat kami .. Namun...segalanya adalah ketentuan Illahi sayang ... sebab tu ibu berpesan awal kerana sufi aadalah anak sulung kami ...yang akan menjadi contoh terbaik bagi adk2 yang akan datang ...sufi perlu memainkan peranan dalam menjadi seorang abang yang berwibawa, yang penyayang, yang bertanggugjawab, yang soleh, dan yang bijak ...sufi yang perlu sedar bahawa di waktu tua kami ..kami hanya perlukan kasih sayang dan perhatian mu sufi... Walau apa terjadi doa dan restu ayah dan ibu tetap ade untuk sufi dan anak2 ayah dan ibu ....

Sufi,

Bila sufi ketawa, ayah dan ibu akan gembira ketawa bersama,
kerana tawa ria mu meriangkan dan penenang hati kami sayang...
Bila sufi ingin bermain, ayah dan ibu datang mengembirakan sufi bermain dengan sufi,
kerana nikmat dapat bermain dan menyeronokan anak sendiri adalah satu anugarah sayang..
Bila sufi menangis, ayah dan ibu menjadi risau mancari jalan menghentikan tangisan sufi,
kerana hati ayah dan ibu gundah gulana tak tahu apa puncanya...itu la cinta ayah dan ibu sayang.
Setiap keperluan sufi, ayah dan ibu cuba penuhi walau susah mana sekali pun,
kerana ayah dan ibu ingin melihat sufi hidup selesa dan tenang ..itu lah tanggungjawab sayang..
Setiap malam sufi bangun, ayah dan ibu berjaga bagi minum susu dan tidurkan sufi,
kerana ayah dan ibu ingin anak kami sihat senatiasa itu lah dikatakan perhatian sayang...
dan...
Sampai besar, sampai sufi ke sekolah, universiti dan akhirnya mendirikan rumahtangga kami akan jaga MU.. INSYA ALLAH ....jika diizinkan ALLAH bagi ayah dan ibu untuk melaksanakan tanggungjawab kami membesarkan anak anak kami ....
kerana ayah dan ibu ingin melihat kejayaan dan kebahagian anak2 kami ..itulah namanya harapan SAYANG......


BOLEHKKAH AYAH DAN IBU HARAPKAN PERKARA YANG SAMA DARI ANAK SOLEH KAMI ...MUHAMMAD SUFI SAFARAZ.. ???

INSYA ALLAH KAMI DOAKAN DAN HARAPKAN YANG TERBAIK DARI MU ALLAH UNTUK KAMI DAN ANAK CUCU KAMI.. AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN ..



Monday, August 2, 2010

~Sufi @ Cameron Highland~

Assalamualaikum Anak Ibu yang Tersayang,

Tanggal 31 Julai 2010, Ayah bawa kita ke Tanah Tinggi Cameron, kali ini kita pergi bersama dua orang sepupu vapa dan keluarga mereka iaitu, anu kaka, amai ani, adib kaka, dan yaya kaka bersama isterinya amai aleeya. Yaya kaka dan Amai Aleeya naik kereta kita... jauh perjalanan nyer sufi tapi terasa best sangat baawa sufi berjalan jalan.. ayah dan ibu dapat meluangkan masa bersama sufi ... ibu ucapkan terima kasih kepada ayah kerana sudi dan sentiasa membawa kita berdua berjalan .. sejak sufi lahir macam2 tempat kita da berjalan.. suatu hari kalau ade rezeki lebih Insya Allah kita akan Ke tempat amai ROZITA ...di AUSTRALIA... kalau tak dapat pun tak per.. yang penting kita sentiasa bersama di mana jua.. dengan suasana BAHAGIA...

Jom Ibu nak cerita... gelagat sufi di Cameron Highland.. sampai kat sana..... kita g masuk umah yang di sewa kat TANAH RATA.. hurmm masa ni ..ibu rasa pipi sufi da sejuk sangat.. CIAN anak ibu sejuk walaupun ibu da pakai kan .. baju sejuk...da siap simpan barang ..kita semua berehat dulu dalam pukul 4 ..kita bertolak ke ladang strawberri dan sayur... MASYA ALLAH.. segar bugar... sayur sayur dan stawberi dia syg .... time ni yang kelakarnya "bila ibu nak tangkap gambar bersama sufi ....sedar2 ibu nampak ade sayur kat tangan sufi rupa2 nya sufi pergi cabut sayur masa ibu tgh syok bergambar.. comel jer anak ibu .. buat muka geram dapat pegang syur masa tu...hurmm masa ni... da hujan so, kita berenti makan kat tempat tu .. lepas tu ... anu kaka dan yaya kaka bersama isteri mereka turun g singgah pasar malam nak beli barang yang dipesan oleh saudara mara mereka..dan sekali beli makanan untuk makan malam.. ibu ayah dan sufi tak jadi keluar sebab sufi tgh nyenyak tidor... ibu tak sanggup nak kejutkan sufi...vapa plak tgh sakitkepala akhirnya vapa temankan kita dalam kereta.. malam kita sampai di rumah.. Time ni ... sufi asyik menangis2 ajer...mungkin sait badan cian anak ibu.. pastu ...ibu bg susu.. sufi pun nyenyak tido kerana udara sejuk...

Esoknya... kita bersiap dan keluar pergi makan dulu..pas makan kita..ke gunung brinchang... lepas tu .. kita balik ... bersiap kemas barang berehat sekejap... dalam kul 3 petang kita balik.. dalam perjalanan balik anu kaka dan yaya kaka bersama2 isteri mereka nak beli cenderahati so kita singgah kedai..pastu kita singgah ladang teh just nak tangkap gambar... pastu bermula la perjalanan pulang kita .... sufi kejap tido kejap bangun... nak main plak time ni... akhirnya sufi tido nyenyak ... sampai sufi selamat sampai ke rumah.....Hurrmmmm.. da sampai rumah anak ibu da mula merengek...menangis tak henti2 seba sakit badan.. pastu asyik nak dukung ajer... cian mama ngan papa jadi mangsa sebab ibu ngan vapa pergi kerja... cian anak ibu... Semoga sufi akan kembali ceria ..sihat dan bermain seperti biasa... sampai di sini yer syg ... pas ni ibu UPDATE lagi kalau ade cietr baru lagi.. salam sayang dan rindu dari ibu buat sufi .





















~Sufi @ Nite Park Sunway Lagoon~






Assalamualaikum Sufi,

Tanggal 11 Jun 2010 Ayah bawa sufi, ibu dan mama ke Nite Park di Sunway lagoon. Kat situ ade Harimau ...tempat permainan ...roller coster...rumat hantu...macam2.. Ibu ngan vapa g masuk umah hantu, tinggalkan sufi kat mama.. Takutnyerr..ibu ...menangis2 ibu kuar dari sana.. vapa bole ketawa... oo yer ibu terlupa nak cerita yang masa ni ..amai muna ngan razak kaka pun ikut sekali ... kita bergambar kat sana.. pastu dalam kul 10.30 malam kita balik umah kita. Ibu lampirkan gambar buat kenangan kita bersama di sana...